Chris Brown Tidak Dikenakan Tindakan Kerana Tumbuk Wanita

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 12:30 AM

Chris Brown tidak dikenakan sebarang tindakan selepas seorang wanita mendakwa ditumbuk oleh penyanyi itu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Chris Brown tidak akan dikenakan sebarang tindakan selepas dia dikatakan menumbuk seorang wanita baru-baru ini.

Chris didakwa menyerang seorang wanita iaitu Liziane Gutierrez dan menumbuk muka wanita berkenaan ketika menghadiri sebuah parti di Hotel Palm, Las Vegas awal bulan ini.

TMZ melaporkan, kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti menunjukkan dia bersalah.

Penyanyi lagu With You itu dalam satu kenyataan menegaskan dia tidak bersalah dan wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kerana tidak dibenarkan masuk ke parti berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Chris Brown

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan