Beyonce Tangguh Lancar Album Baharu Kerana Adele

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 12:30 AM

Beyonce bakal tampil dengan album terbaharu dalam masa terdekat ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Beyonce dilaporkan enggan melancarkan album terbaharunya kerana ingin memberi laluan kepada Adele menikmati kejayaan menerusi album 25.

Daily Mail melaporkan Beyonce sudah pun menyiapkan album tersebut sejak tahun lalu namun enggan bersaing dengan Adele yang mana 25 terjual lebih satu juta pada minggu pertama ia dilancarkan.

"Album Beyonce sudah siap sejak hujung tahun lalu namun dia ingin tunggu tumpuan terhadap Adele reda terlebih dahulu.

"Dia mahu memberi laluan kepada Adele menikmati kejayaan bersama 25 memandangkan ia album pertama penyanyi itu sejak empat tahun," kata sumber.

Tambahnya lagi, Beyonce juga tidak tergesa-gesa untuk melancarkan album berkenaan walaupun ia telah siap.

Dalam pada itu, Beyonce dilaporkan akan melancakan album keenamnya itu pada satu tarikh kejutan seperti mana dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun sumber memberitahu album itu akan berada di pasaran pada hari sama dia mengadakan persembahan di Super Bowl bersama Chris Martin pada 7 Februari depan.


Tags / Kata Kunci: Beyonce , Adele

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan