Lindsay Lohan Diusir Dari Bar

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 12:30 AM

Lindsay Lohan. -foto AFP

Lindsay Lohan

(Ubah saiz teks)

PENYANYI penuh kontroversi, Lindsay Lohan dilaporkan telah diusir dari sebuah bar yang terletak di Greenwich Village, New York.

Perkara tersebut dikatakan berlaku berikutan dia berkelakuan liar dan memalukan.

Kejadian bermula apabila Linday mengunci dirinya di sebuah tandas bar berkenaan selama 20 minit bersama adiknya Ali Lohan.

Ketika diminta keluar meninggalkan bar tersebut, penyanyi tersebut berubah menjadi garang dan liar. Lindsay turut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja bar tersebut.

Lindsay juga telah meludah wajah salah seorang pengunjung kelab tersebut yang berusaha meleraikan pertelingkahan itu.
Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan