'The Revenant' Ungguli 12 Pencalonan Anugerah Akademi Ke-88

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 11:19 PM

Salah satu adegan Leonardo dalam filem The Revenant.

(Ubah saiz teks)

FILEM The Revenant mengungguli senarai Pencalonan Anugerah Akademi ke-88 dengan 12 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Daily Mail melaporkan aktor filem berkenaan iaitu Leonardo Dicaprio mendapat sorakan ketika namanya diumumkan sebagai salah seorang pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Pengumuman itu dibuat di Los Angeles pada Khamis.

Leonardo, 41, sebelum ini pernah lima kali tercalon dalam kategori sama namun gagal membawa pulang sebarang trofi dan ramai berharap dia akan diumumkan sebagai pemenang atas kecemerlangan persembahannya dalam The Revenant.

Selain The Revenant, tujuh lagi naskah yang tercalon menerusi kategori Filem Terbaik adalah The Big Short, Bridge Of Spies, Brooklyn, Mad Max: Fury Road, The Martian, Room dan Spotlight.

Manakala, pencabar Leonardo dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik adalah Bryan Cranston (Trumbo), Matt Damon (The Martian), Michael Fassbender (Steve Jobs) dan Eddie Redmayne (The Danish Girl).

Leonardo Dicaprio.

Pada tahun ini, Anugerah Akademi memperlihatkan persaingan di antara Cate Blanchett (Carol), Brie Larson (Room), Jennifer Lawrence (Joy), Charlotte Rampling (45 Years) dan Saoirse Ronan (Brooklyn) bagi merebut trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Bagaimanapun peminat filem dan pengkritik melihat pencalonan pada tahun ini kurang menyengat ekoran hanya pelakon berkulit putih dicalonkan dalam kategori utama manakala hanya pengarah lelaki tersenarai menerusi kategori Pengarah Terbaik.

Jennifer Lawrence.

Mereka adalah Alejandro G. Inarritu (The Revenant), Tom McCarthy (Spotlight), Adam McKay (The Big Short), Lenny Abraham (Room) dan George Miller (Mad Max: Fury Road).

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik nama yang tersenarai adalah Christian Bale (The Big Short), Tom Hardy (The Revenant), Mark Ruffalo (Spotlight), Mark Rylance (Bridge Of Spies) dan Sylvester Stallone (Creed).

Bagi wanita pula persaingan di antara Jennifer Lason Leigh (The Hateful Eight), Rooney Mara (Carol), Rachel McAdams (Spotlight), Alicia Vikander (The Danish Girl) dan Kate Winslet (Steve Jobs).

Berada dibelakang The Revenant, Mad Max: Fury Road tampil filem kedua terbanyak pencalonan menerusi 10 kategori diikuti The Martian (tujuh).

Anugerah Akademi ke 88 bakal berlangsung pada 28 Februari depan di Dolby Theatre, Los Angeles.

Ia bakal dihoskan oleh pelakon dan pelawak Chris Rock.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan