David Bowie Meninggal Dunia Akibat Kanser

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal David Bowie meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas 18 bulan melawan kanser.

Perkara itu diumumkan oleh anaknya iaitu Duncan Jones menerusi Twitter miliknya sebelum kenyataan itu turut diumumkan menerusi Facebook rasmi bintang itu pada Ahad.

“David Bowie meninggal dunia dalam keadaan aman pada hari ini selepas 18 bulan melawan penyakit kanser,” kata kenyataan itu.

Penyanyi itu baharu sahaja melancarkan album terbaharunya yang ke-26 iaitu Blackstar pada Jumaat lalu sebagai meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 69.

David berkahwin dengan supermodel, Iman pada tahun 1992 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Alexandria Zahra Jones yang kini berusia 16 tahun.

Perdana Menteri Britian, David Cameron turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman Twitter miliknya.

"Saya membesar mendengar lagu-lagu hebat David Bowie. Beliau seorang yang pintar dan kehilangannya adalah satu kerugian," katanya.

Pada zaman kegemilangannya, David pernah popular menerusi lagu seperti Space Oddity, Major Tom, Young Americans dan Fame.

David juga pernah muncul dalam beberapa buah filem termasuk The Man Who Fell to Earth, The Hunger, Merry Christmas dan Mr Lawrence.

Sepanjang kariernya, albumnya pernah terjual sebanyak 140 juta unit termasuk sembilan daripadanya menerima anugerah platinum.

Malah majalah Rolling Stone menyenaraikan David di tangga ke 39 sebagai 100 Artis Rock Terbaik Sepanjang zaman.

Tags / Kata Kunci: David Bowie

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan