Jennifer Lopez Dedah Rahsia Cantik Pada Usia 47 Tahun - Bintang Global | mStar

Jennifer Lopez Dedah Rahsia Cantik Pada Usia 47 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 12:31 AM

Jennifer tolak minuman keras, kopi dan rokok.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jennifer Lopez mendedahkan rahsia bagaimana dia kekal cantik biarpun kini sudah mencecah usia 47 tahun.

Penyanyi lagu On The Floor  ini menerusi sebuah temubual majalah UsWeekly memberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat dan sering bersukan.

Jennifer memberitahu dia juga tidak mengambil minuman alkohol, kopi dan rokok. Dia menjadikan tiga perkara itu sebagai pantang utama dalam kehidupannya.

Dia juga lebih mengutamakan makanan sayuran hijau.

"Saya makan banyak sayuran hijau seperti asparagus, brokoli dan kubis mini," ujarnya.

Selain itu, dia juga akan memastikan tidurnya mencukupi selama 10 jam setiap hari. 

Jennifer turut mempunyai dua orang pelatih yang menemaninya ketika melakukan aktiviti sukan di gimnasium.
Tags / Kata Kunci: Jennifer Lopez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan