Miley Cyrus & Liam Hemsworth Dilihat Bersama - Bintang Global | mStar

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Dilihat Bersama

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 12:31 AM

miley

Miley Cyrus

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Miley Cyrus dan bekas tunangnya, Liam Hemsworth dilihat sedang bersama meluangkan masa cuti hujung minggu di Australia Ahad lalu.

Menurut laporan Australian Telegraph, Miley dan aktor filem Hunger Games itu telah hadir ke acara Falls Music Festival di Byron Bay bersama rakan dan keluarga termasuklah adik beradik Hemsworth, Chris dan Luke.

Miley dan Liam dikatakan kerap keluar bersama sejak akhir-akhir ini.

Beberapa media lain turut melaporkan Miley dan Liam beberapa kali sudah keluar berdua-duan.

Berita tersebut membuatkan ramai yang menganggap Miley dan Liam kembali menjalinkan hubungan semula selepas beberapa tahun berpisah.

Tags / Kata Kunci: Miley Cyrus , Liam Hemsworth
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan