Robert Stigwood Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 5:22 PM

Robert Stigwood (tengah).

(Ubah saiz teks)

PENGURUS kumpulan Bee Gees dan Eric Clapton iaitu Robert Stigwood dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Menurut laporan Reuters, anak kepada salah seorang anggota Bee Gees, Robin Gib iaitu Spencer Gib mengumumkan khabar tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun dia tidak memberi informasi secara terperinci mengenai kematian Stigwood.

"Saya ingin berkongsi berita duka kepada anda semua bahawa ayah  angkat saya  dan pengurus yang sudah lama bersama saya, Robert Stigwood telah meninggal dunia," katanya.

Penerbit muzik Broadway, Andrew Lloyd Webber turut memuji Stigwood yang menyifatkannya seorang penggiat seni berbakat di Twitter.

"Selamat tinggal Robert yang disayangi, seorang penggiat muzik yang mengajar saya dalam banyak perkara." ujarnya.

Selain Bee Gees dan Eric, Stigwood juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis popular lainAnak kelahiran Australia itu juga merupakan penerbit bagi filem The Who's Rock Opera Tommy dan Saturday Night Fever yang memperkenalkan muzik disko dan aktor John Travolta,yang baru berkecimpung dalam dunia seni .

Tags / Kata Kunci: Robert Stigwood

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan