Rob Kardashian Disahkan Hidap Diabetes

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 12:35 AM

Rob mengalami masalah berat badan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti Rob Kardashian dilaporkan menghidap penyakit diabetes selepas dikejarkan ke sebuah hospital di Los Angeles baru-baru ini.

TMZ melaporkan kesihatan Rob, 28, merosot sejak seminggu lalu sebelum ibunya, Kris Jenner membawanya mendapatkan rawatan.

Adik kepada Kim Kardashian sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak lagi muncul dalam program realiti Keeping Up With The Kardashian ekoran mengalami masalah berat badan.

Sehingga kini, Rob mengelak daripada dilihat ditempat awam malah lebih gemar menyendiri kerana berasa malu dengan bentuk tubuhnya.

Keadaan tersebut membuatkan keluarganya bimbang dan telah banyak usaha dilakukan bagi memastikan Rob kembali bersemangat untuk mengurangkan berat badannya.

Namun usaha tersebut sia-sia sehingga menjadi perbalahan dikalangan ahli keluarganya.

Sumber terdekat keluarga itu memberitahu, diagnos tersebut membuatkan Rob tersedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan mahu memulakan kehidupan sihat pada 2016.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan