Madonna Rebut Anak Daripada Bekas Suami

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Madonna mengemukakan hak penjagaan anak kepada mahkamah minggu lalu bagi meminta bekas suaminya itu memulangkan Rocco, 15, ke kediamannya di New York.

Perkara tersebut dilakukan selepas berang apabila anak lelakinya itu menolak untuk merayakan Krismas dengannya kerana mahu menyambut perayaan itu bersama-sama ayahnya Guy Ritchie.

Penyanyi itu juga menuduh Guy cuba mempengaruhi Rocco untuk tinggal bersamanya.

Bagaimanapun, menurut peguam Guy, anak pasangan itu yang memilih untuk merayakan Krismas bersama ayahnya di London.

Seperti dipetik Mirror, hubungan Guy dan Madonna dingin sejak berpisah pada tahun 2008.

Madonna dan bekas suaminya itu sering bertengkar tentang anak mereka Rocco. Penyanyi itu dikatakan terlalu tegas dan mengawal kebebasan anak mereka.

Buat masa ini, pihak mahkamah meminta remaja tersebut untuk pulang ke New York dan berbincang sebelum membuat keputusan untuk tinggal bersama ibu atau ayahnya.

Madonna dan Guy Ritchie berkahwin pada Disember 2000 dan bercerai secara rasmi pada 2008.
Tags / Kata Kunci: Madonna

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan