Shah Rukh Khan Elak Baca Kritikan Filem 'Dilwale'

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 12:31 AM

Kajol dan Shah Rukh Khan bergandingan dalam filem Dilwale.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengambil pendekatan tidak membaca ulasan buruk filem mengenai lakonannya bersama Kajol iaitu Dilwale.

Bagaimanapun menerut laporan New Kerala, dia gembira filem arahan Rohit Shetty itu mendapat sambutan hangat di India dan seluruh dunia.

"Filem popular biasanya mempunyai logik tersendiri iaitu ia akan menjadi box-office dipuji dan pada masa sama mendapat kritikan buruk daripada pengkritik filem.

"Bagaimanapun, saya tidak membaca sebarang ulasan kerana saya tahu peminat akan tetap sukakan filem tersebut,"katanya.

Dilwale yang ditayangkan pada minggu lepas mendapat sambutan hangat namun pada sama mendapat kritikan hebat daripada pengkritik yang melihat filem tersebut tidak mencapai kehendak penonton.
Tags / Kata Kunci: Shah Rukh Khan , Dilwale , Kajol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan