Harrison Ford Dibayar RM145 Juta Untuk 'Star Wars: The Force Awakens'

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 12:02 AM

Harrison Ford menerima bayaran lumayan menerusi kemunculannya dalam filem Star Wars: The Force Awakens.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Harrison Ford dilaporkan menerima sebanyak USD34.7 juta (RM145 juta) menerusi kemunculannya dalam filem Star Wars: The Force Awakens.

Bayaran diterima pelakon itu 76 kali lebih banyak daripada barisan pelakon lain dalam filem itu seperti Daisy Ridley dan John Boyega yang dibayar USD623,000 (RM2.6 juta) setiap seorang.

Harrison, 73, turut dilaporkan bakal menerima 0.5 peratus daripada jumlah kutipan bersih filem itu nanti yang setakat ini meraih kutipan sebanyak USD517 juta (RM2.1 bilion) pada seminggu tayangannya di seluruh dunia.

Selain Harrison, karya terbitan Walt Disney Studios Motion Pictures dan Lucas Films itu merupakan naskhah terbaharu arahan J.J. Abrams yang itu turut menampilkan barisan pelakon asal seperti Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan