Madonna Pertahankan Bekas Suami Dalam Kes Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 12:30 AM

Hubungan Sean Penn dan Madonna kekal baik biarpun mereka sudah bercerai.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Madonna bertindak mempertahankan bekas suaminya aktor Sean Penn berhubung dakwaan dia pernah mengasarinya semasa mereka bergelar suami-isteri.

E Online melaporkan Madonna membuat kenyataan bertulis kepada Mahkamah Tinggi New York selepas Sean bertindak memfailkan saman terhadap pengarah Lee Daniels yang menggambarkannya sebagai lelaki kaki pukul dalam drama bersiri arahannya Empire.

Madonna dalam kenyataan tersebut memberitahu Sean tidak pernah menderanya sama ada secara fizikal atau pun mental walaupun perkahwinan mereka sebelum ini penuh kontroversi.

"Dalam apa juga situasi rumah tangga kami sebelum ini, dia (Sean) tidak pernah memukul atau bertindak kasar terhadap saya dan segala laporan mengenai perkara itu adalah salah.

Dalam kenyataan sama, Madonna berkata, kejadian kononnya dia dibelasah Sean di sebuah bar pada tahun 1987 sebagai diada-adakan dan tidak benar.

Sean menyaman Lee sebanyak USD$40 juta (RM42 juta) sebagai ganti rugi.

Madonna dan Sean berkahwin pada 1985 namun bercerai empat tahun kemudian.

Dalam pada itu, Madonna dalam kenyataan sama memberitahu dia telah mengenali Sean selama 30 tahun dan menggambarkan lelaki itu sebagai penyayang, mempunyai pendirian dan seorang pelakon berbakat besar.

Hubungan pasangan itu kembali rapat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila mereka sering dilihat menghabiskan masa melakukan kerja-kerja kebajikan.
Tags / Kata Kunci: Madonna , Sean Penn

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan