Leonardo DiCaprio Kongsi Kisah Nyaris Maut

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 12:30 AM

Bintang handalan Hollywood, Leornado Dicaprio. foto-REUTERS
(Ubah saiz teks)

PELAKON yang terkenal dengan watak bahaya Leonardo DiCaprio mendedahkan dia pernah tiga kali berhadapan dengan kejadian cemas yang boleh meragut nyawanya.

Leonardo, 41, berkata, peristiwa pertama ketika dia terselamat daripada serangan jerung putih di Afrika Selatan.

"Jerung itu tidak sengaja termasuk dalam kurungan yang melindungi saya. Ketika itu saya sedang melepaskan ikan tuna.

"Ikan itu hanya beberapa meter sahaja dari kepala saya dan orang-orang yang turut berada di kurungan itu juga cemas kerana ia adalah pertama kali berlaku," ujarnya.

Kejadian kedua pula terjadi apabila dia dalam penerbangan menuju ke Rusia. Kapal terbang tersebut secara tiba-tiba terbakar di bahagian sayap.

Dia bernasib baik apabila juruterbang berjaya membuat pendaratan cemas di New York.

"Saya sedang duduk di dalam pesawat dan melihat ke arah sayap dan tiba-tiba api keluar dengan marak. Ketika itu penumpang yang berada di kapal terbang tidak bersuara kerana terlalu takut," ujarnya.

Sementara itu, kejadian ketiga ketika saya dan seorang rakan sedang menjalankan aktiviti terjun dari tempat tinggi.

Malangnya, payung terjun pertama mereka tidak keluar akibat tersangkut sehinggalah ia berfungsi pada ketika mereka sudah hampir ke daratan.

Ketika itu saya hanya fikir mati dan ajal sudah sampai. Kami ada dua payung terjun tetapi kedua-duanya tidak keluar kerana tersangkut.

"Namun bila benar-benar sudah hampir, payung tersebut terbuka dan menyelamatkan nyawa kami," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Leonardo DiCaprio

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan