Teman Lelaki Tuduh JLo Jalin Hubungan Dengan P. Diddy

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 12:31 AM

Casper berang apabila teman wanitanya, Jennifer Lopez dikatakan bersikap curang terhadapnya.

(Ubah saiz teks)

TEMAN lelaki Jennifer Lopez iaitu Casper Smart dilaporkan menuduh penyanyi itu kembali menjalinkan hubungan sulit dengan bekas tunangnya, P. Diddy.

Jennifer atau lebih mesra dengan sapaan Jlo, 45, dikatakan kembali bertemu dengan penyanyi rap itu pada sebuah pesta yang turut dihadiri Casper.

Menurut sumber, Casper, 28, berang apabila melihat teman wanitanya bermesra dengan Diddy dan mereka dikatakan bergaduh kerana perkara itu.

"Casper cuba berlagak tenang ketika melihat kemesraan mereka namun menahan kemarahan terhadap Jlo kerana berlaku curang di hadapannya," kata sumber.

Tambah sumber, Jlo bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Diddy dan menyifatkan sikap cemburu teman lelakinya seperti kebudak-budakkan.
Tags / Kata Kunci: JLo , Casper Smart , P. Diddy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan