Kediaman Simon Cowell Dirompak

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 12:00 AM

Simon Cowell

(Ubah saiz teks)

MUSIBAH telah berlaku kepada produser muzik Simon Cowell apabila kediamannya di Holland Park, London, telah dirompak.

Menurut laporan Female First, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu dan banyak barangan berharga telah dibawa lari oleh perompak berkenaan.

Malah wang tunai dan beberapa perhiasan mewah milik Simon dan kekasihnya, Lauren Silverman turut diambil.

"Sayangnya pengawal keselamatan pada kejadian itu tertidur dan hanya tersedar selepas perompak itu pulang.

"Difahamkan barangan yang hilang termasuklah wang tunai yang hilang itu bernilai kira-kira lebih enam angka," kata sumber.

Tags / Kata Kunci: Simon Cowell

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan