Serangan Paris: Kumpulan U2 Batal Konsert - Bintang Global | mStar

Serangan Paris: Kumpulan U2 Batal Konsert

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 12:35 AM

U2 membatalkan konsert di Paris yang sepatutnya berlangsung pada malam Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN terkenal U2 terpaksa membatalkan konsert jelajah dunia mereka di Paris yang sepatutnya berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Daily Mail  
melaporkan keputusan itu dibuat selepas kejadian tembakan dan letupan yang melanda bandar itu pada Jumaat yang setakat ini mengorbankan hampir 150 nyawa.

Konsert itu sepatutnya turut disiarkan secara langsung menerusi saluran HBO.

Bagaimanapun dalam kenyataan dikeluarkan U2 berjanji akan meneruskan konsert berkenaan pada satu tarikh sesuai pada masa hadapan.

"Kami bersimpati dan terkejut dengan apa yang terjadi di Paris dan sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan persembahan tersebut.

"Doa kami adalah untuk semua mangsa terlibat dan semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala," kata Bono yang juga vokalis utama kumpulan U2.

Tags / Kata Kunci: U2 , Paris

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan