Taylor Swift Disaman RM168 Juta Ciplak Lirik 'Shake It Off'

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 12:30 AM

Taylor Swift disaman selepas didakwa mencuri lirik lagu popularnya, Shake It Off.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI terkenal Taylor Swift telah disaman selepas didakwa menciplak lirik lagu popularnya iaitu Shake It Off daripada seorang penulis lirik Jessie Braham.

BBC News melaporkan Jessie mendakwa Taylor telah mencuri lirik daripada lagu ciptaannya berjudul Haters Gona Hate yang ditulis pada 2013.

Dakwa Jessie lagi, Taylor menggunakan lirik haters gone hater, playas gone play. Watch out for them fakers, they'll fake you everyday' sebanyak 70 kali dalam lagu tersebut tanpa kebenaran.

Lagu berkenaan adalah single pertama Taylor menerusi album 1989  yang dilancarkan pada tahun lalu.

Untuk rekod, lagu berkenaan berjaya menduduki tangga pertama carta Billboard 100 dan menjadi antara karya popular penyanyi itu.

Dalam pada itu, Jessie meminta RM168 juta (USD$42 juta) sebagai ganti rugi selain namanya diiktiraf sebagai penulis bersama lagu tersebut.
Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , Shake It Off

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan