Chris Rock Diumumkan Pengacara Oscar - Bintang Global | mStar

Chris Rock Diumumkan Pengacara Oscar

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2015 12:30 AM

Chris Rock

(Ubah saiz teks)

PENERBIT Anugerah Akademi ke-88, David Hill dan Reginald Hudlin mengumumkan acara berprestij itu akan dikendalikan aktor Chris Rock.

Menurut laporan portal Variety, pengumuman itu telah dibuat pada Rabu lalu.

"Dia seorang pelakon, pelawak, produser, pengarah dan pakar dalam dokumentari. Dia sememangnya layak  diberi tangungjawab sebagai pengacara Oscar," kata Hill dan Hudlin.

Pelawak komedi veteran itu mengambil alih tugas Neil Patrick Harris yang mengendalikan Oscar pada tahun lalu.

Rock yang sebelum ini pernah mengacara anugerah tersebut pada tahun 2005 meluahkan rasa teruja untuk mengendalikan acara itu sekali lagi.

"Saya gembira apabila diberi peluang kembali mengacarakan Oscars," kata Rock.

Anugerah Akademi itu akan berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood pada 28 Februari tahun depan.
Tags / Kata Kunci: Chris Rock
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan