John Legend Gembira Bakal Timang Anak

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 12:30 AM

John Legend dan isterinya Chrissy Teigen.

(Ubah saiz teks)

KHABAR gembira mengenai pasangan romantis John Legend dan Chrissy Teigen apabila mereka bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.

Menurut laporan Dailymail, model berusia 29 tahun itu mengumumkan kehamilannya di Instagram dan mengatakan dia kini berasa cukup bahagia.

"John dan saya sangat bahagia untuk mengumumkan kehamilan ini. Seperti yang kalian tahu, sebelum ini kami bersungguh-sunggung untuk mendapatkan anak.

"Walaupun penuh kesulitan, kami tidak pernah henti mencuba. Sekrang ini kami tidak sabar untuk mengumumkan kelahiran bakal anak kami," katanya.

John juga turut mengumumkan khabar gembira itu di Instagramnya dengan memuat naik foto dia bersama isteri dengan kapsyen "kami bakal mempunyai anak!".

Tags / Kata Kunci: John Legend

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan