Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Goyah - Bintang Global | mStar

Victoria Beckham Jawab Gosip Rumah Tangga Goyah

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 12:31 AM

Victoria bahagia bersama keluarganya.

Victoria bersama suami dan anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

BEKAS anggota Spice Girls iaitu Victoria Beckham menafikan hubungannya dengan suami David Beckham sedang berantakan dan bakal berakhir dengan perpisahan seperti dikhabarkan media sejak kebelakangan ini.

Victoria berkata, biarpun mengakui kesibukan kerjaya mengurangkan masa mereka bersama, namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya dan David tidak perlu membuktikan apa-apa pun tentang hubungan kami, apa yang pentiang kami saling mencintai dan mengambil berat antara satu sama lain.

"Hubungan kami sangat baik sebagai pasangan suami isteri dan orang tua kepada anak-anak kami," katanya kepada Grazia.

Tambah Victoria, dia sama sekali tidak pernah mengambil peduli dengan khabar angin buruk tentang hubungan mereka.

"Saya tidak pernah mengambil tahu tentang gosip kehidupan peribadi saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami dan anak yang cantik, sihat dan bahagia," ujarnya.

Victoria dan David Beckham berkahwin pada Julai 1994. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Tags / Kata Kunci: Victoria Beckham

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan