Porsche Jawab Anak Mendiang Paul Walker

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 7:03 PM

Mendiang Paul Walker meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pembuat kereta mewah Porsche pada Rabu menjawab saman yang difailkan oleh anak perempuan mendiang Paul Walker dengan menegaskan, kematian pelakon popular itu adalah disebabkan oleh pemanduan yang cuai dan terlalu laju.

Meadow, 16, telah memfailkan saman ke atas Porsche menyalahkan kecacatan pada pembuatan kereta mewah itu sebagai punca kematian bapanya yang dikatakan masih lagi bernyawa selepas kemalangan tersebut tetapi meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran.

Bagaimanapun pembuat kereta Jerman itu memberitahu CNN bahawa mereka sependapat dengan hasil dapatan pihak berkuasa yang mendapati kereta Porsche Carrera GT tersebut telah dipandu dengan laju sebelum terbabas dan menghentam pembahagi jalan.

"Sebagaimana yang kami pernah nyatakan sebelum ini, kami turut berasa sedih setiap kali satu malapetaka berlaku yang melibatkan kenderaan dari model kami tetapi kami berpegang kepada laporan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang menyiasat kes yang melibatkan mangsa (Paul Walker dan kawannya Roger Rodas yang memandu kereta itu)  yang dengan jelas mendapati kemalangan tragik itu adalah disebabkan oleh pemanduan yang semberono serta kelajuan yang melampau," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Porsche.

Walaupun demikian Porsche menyatakan yang mereka belum lagi berpeluang untuk meneliti kertas saman tersebut secara mendalam dan enggan diheret ke dalam perdebatan mengenainya.

Di dalam saman tersebut antara lain menyebut hentaman kuat kereta Carrera GT itu telah menyebabkan tali pinggang keselamatan Walker telah mencengkam diri pelakon itu dengan kuat sehingga mematahkan tulang rusuk dan pinggulnya.

Ia juga mendakwa, selepas tersepit di dalam kereta itu selama lebih seminit setengah barulah kereta tersebut terbakar dalam keadaan mangsa masih lagi bernyawa.

Tags / Kata Kunci: Paul Walker , Meadow Walker , Porsche , Carrera GT

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan