Curang Dengan Eva Mendes, Ryan Gosling & Emma Stone Jalin Skandal

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 12:30 AM

Ryan dan Emma dikatakan menjalin hubungan skandal gara-gara cinta lokasi.

(Ubah saiz teks)

SEBELUM ini Ryan Gosling dan Eva Mendes cukup bahagia dengan kehadiran buah hati mereka, Esmeralda.Namun sayangnya pasangan itu kini berdepan dengan masalah rumah tangga yang besar.

Menurut laporan Hollywoodlife, Ryan dikatakan berlaku curang terhadap Eva gara-gara menjalinkan hubungan skandal dengan aktres Emma Stone.

Ryan bersama Eva dan anak mereka, Esmeralda.
"Ryan dan Emma terlibat dalam cinta lokasi. Sudah berapa kali Ryan membuat pengakuan kepada Eva bahawa Emma sekadar teman biasa, Eva tahu mereka mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

"Malah Eva tidak lagi mempercayai Ryan dan menganggap ini adalah masa tepat untuk mereka berpisah," kata sumber.

Seperti yang diketahui ramai, hubungan Emma dan Ryan sememangnya rapat. Selain bergandingan dalam filem La La Land, mereka juga pernah bekerjasama dalam dua buah filem lain.

Sehingga kini, Ryan mahupun Emma belum memberi penjelasan berkenaan kontroversi ini.
Tags / Kata Kunci: Ryab Gosling , Eva Mendes , Emma Stone

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan