Robert Pattinson & FKA Twigs Batal Rancangan Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON popular Robert Pattinson dikhabarkan kini sudah membatalkan rancangan perkahwinan dengan kekasihnya penyanyi FKA Twigs.

Seperti dilaporkan oleh Heat, hubungan cinta pasangan ini sudah pun berakhir.

Menurut sumber, keretakan hubungan itu berpunca daripada perbezaan pendapat tentang masa depan. Robert dikatakan mahu mempunyai anak setelah berkahwin.

Manakala wanita itu masih mahu fokus terhadap kerjaya muziknya yang kini sedang meningkat naik.

"Mereka sudah tiada sefahaman lagi soal masa depan. Kedua-duanya sangat sukar untuk berkomunikasi kerana kesibukan masing-masing.

"FKA juga beritahu Robert bahawa dia tidak mahu merancang tentang pernikahan kalau mereka sudah tidak bersependapat," ujar sumber. 

Sementara itu, sumber turut memberitahu hubungan pasangan itu retak sejak pertengahan Ogos lalu.
Tags / Kata Kunci: Robert Pattinson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan