Anugerah Emmy 2015: 'Game of Thrones' & 'Veep' Menang Besar

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 2:28 PM

Barisan pelakon dan krew siri Game of Trones bergambar kenangan bagi meraikan kemenangan besar mereka.

(Ubah saiz teks)

SIRI Game of Thrones dan Veep menjadi perhatian pada Anugerah Emmy kali ke-67 yang diadakan di Microsoft Theater, Los Angeles pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Game of Thrones membawa pulang trofi Outstanding Drama Series manakala Veep menerusi kategori Comedy Series menumpaskan calon kegemaran iaitu Modern Family.

Kedua-dua siri itu adalah terbitan saluran HBO.

Veep turut membawa pulang dua lagi trofi bagi kategori menerusi pelakon utamanya, Julia Louis Dreyfus (Outstanding Lead Actress) dan Tony Hale (Outstanding Supporting Actor).

Viola Davis pelakon Afrika-Amerika pertama menggondol trofi Outstanding Lead Actress In A Drama Series.

Pemenang lain Anugerah Emmy termasuk Jill Soloway sebagai pengarah terbaik manakala Jeffrey Tambor menepati ramalan sebagai pemenang Outstanding Lead Actor in a Comedy Series.

Siri terbitan HBO, Olive Kitteridge turut membawa pulang beberapa trofi termasuk Outstanding Limited Series dan Outstanding Lead Actress in a Miniseries or a Movie iaitu Frances McDormand.

Manakala bagi kategori rancangan temubual, The Daily Show With Jon Stewart turut membawa pulang empat trofi termasuk Outstanding Variety Talk Series, Outstanding Writing For A Variety Series dan Outstanding Directing For A Variety Series.

Sementara itu, pelakon Jon Hamm mencipta sejarah apabila diumumkan penerima trofi Outstanding Lead Actor In A Drama Series.

JonHamm.

Ia adalah pencalonan kali kelapan Jon menerusi kategori berkenaan.

Manakala Viola Davis muncul wanita Afrika-Amerika yang memenangi kategori sama dan ucapan penuh inspirasi ketika menerima trofi membuatkan hati penonton tersentuh.

Pemenang lain adalah Regina King (Outstanding Actress In A Limited Series or Movie) untuk filem American Crime dan Allison Janney (Supporting Actress In A Comedy Series).

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Emmy 2015:

1. Outstanding Drama Series

Game Of Thrones (HBO)

2. Outstanding Comedy Series

Veep (HBO)

3. Outstanding Lead Actor in a Drama Series

Jon Hamm (Mad Men)

4. Outstanding Lead Actress in a Drama Series

Viola Davis (How to Get Away With Murder)

5. Outstanding Lead Actor in a Comedy Series

Jeffrey Tambor (Transparent)

6. Outstanding Lead Actress in a Comedy Series

Julia Louis-Dreyfus (Veep)

7. Outstanding Supporting Actor in a Drama Series

Peter Dinklage (Game of Thrones)

8. Outstanding Supporting Actress in a Drama Series

Uzo Aduba (Orange Is the New Black)

9. Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series

Allison Janney (Mom)

10. Outstanding Supporting Actor in a Comedy Series

Tony Hale (Veep)

11. Outstanding Miniseries

Olive Kitteridge (HBO)

12. Outstanding Television Movie

Bessie (HBO)

13. Outstanding Lead Actor in a Miniseries or a Movie

Richard Jenkins (Olive Kitteridge)

14. Outstanding Lead Actress in a Miniseries or a Movie

Frances McDormand (Olive Kitteridge)

15. Outstanding Supporting Actor in a Miniseries or a Movie

Bill Murray (Olive Kitteridge)

16. Outstanding Supporting Actress in a Miniseries or a Movie

Regina King (American Crime)

17. Outstanding Variety Talk Series

The Daily Show (Comedy Central)

18. Outstanding Writing For A Variety Series

The Daily Show (Comedy Central)

19. Outstanding Directing For A Variety Series

The Daily Show (Comedy Central)
Tags / Kata Kunci: Anugerah Emmy 2015

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan