Kajol Sibuk Berlakon, Suami Jadi Suri Rumah

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 12:30 AM

wet43

Kajol

(Ubah saiz teks)

SEJAK Jun lalu, aktres Kajol sudah mula sibuk dengan projek filem Dilwale. Bukan setakat berlakon di India, filem yang turut dibintangi aktor Datuk Shah Rukh Khan juga menjalani penggambaran di Bulgaria dan Islandia.

Menurut laporan portal Pink Villa, perkara itu membuatkan suami aktres berkenaan iaitu pelakon Ajay Devgan mengambil tugasnya sebagai suri rumah tangga menguruskan hal anak-anak.

Kajol bersama keluarganya.

Ajay memastikan anak-anaknya ke sekolah, selain menguruskan kerja-kerja sekolah di rumah sambil menyiapkan projek filem baharu yang bakal diterbitkan.

"Ajay sibuk dengan projek filem Shivaay dan tidak lama lagi penggambaran filem itu akan dijalankan.

"Memandangkan Kajol sedang sibuk dengan penggambaran filem, maka Ajay perlu perlahankan kerja-kerja pra produksi filem Shivaay kerana perlu menguruskan anak-anak di rumah," kata sumber.

Kajol kini sedang berada di Islandia selama 12 hari bersama Shah Rukh untuk menjalani penggambaran klip lagu yang akan dipaparkan dalam filem Dilwale.

Tags / Kata Kunci: Kajol , Ajay Devgan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan