Nick Jonas & Selena Gomez Dilaporkan Semakin Mesra

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 12:30 AM

Nick Jonas

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Nick Jonas dan Selena Gomez yang masing-masing sudah putus cinta dikatakan semakin mesra sehingga mereka gagal merahsiakan hubungan itu di khalayak.

Kemesraan pasangan berkenaan dapat dilihat semasa menghadiri sebuah pesta di Ysabel di West Hollywood pada malam Ahad lalu.

Sumber memberitahu New York Post, Nick dilihat berbisik pada telinga Selena dengan penuh mesra.

Selena Gomez
Nick dan Selena, 23, sebelum ini pernah mempunyai hubungan namun putus. Bagaimanapun mereka dilihat menikmati makan malam bersama ditemani rakan-rakan.

Nick, 22, pula berkata, mereka sedang dalam proses untuk mengenali antara satu sama lain dengan cara sering keluar bersama beberapa minggu lalu termasuklah berjalan-jalan di Venice (California).

"Saya menikmati makan malam bersama-sama teman dan orang yang saya benar-benar sayang. Ia adalah dalam kumpulan yang besar dan kami memberikan masa sepenuhnya bersama,” katanya.

Bintang lagu “Jealous” itu kembali solo selepas putus cinta dengan Olivia Culpo manakala awal tahun ini pula Selena menjalinkan hubungan yang singkat dengan DJ Zedd selepas putus cinta dengan Justin Bieber.
Tags / Kata Kunci: Nick Jonas , Selena Gomez

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan