Kim Kardashian Kini Nombor Satu Dalam Instagram Dengan Jumlah Pengikut 44 Juta Orang

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 6:34 PM

Kim Kardashian kini muncul sebagai manusia dengan pengikut Instagram paling ramai di dunia iaitu mencecah lebih 44 juta orang.

(Ubah saiz teks)

INSTAGRAM kini mempunyai permaisuri yang baru.

Kim Kardashian akhirnya berjaya mengenepikan Beyonce untuk muncul sebagai permaisuri baru aplikasi perkongsian foto iaitu Instagram.

Selebriti program realiti berusia 34 tahun itu kini mencatatkan pengikut di Instagram berjumlah lebih 44 juta orang iaitu 70,000 lebih pengikut daripada Beyonce.

Hanya dua minggu yang lalu, jumlah pengikut setia Kim di Instagram berjumlah 42 juta orang.

Ini bermakna dalam tempoh dua minggu sahaja, Kim berjaya menarik pengikut baru sebanyak dua juta orang.

Jika Kim Kardashian adalah sebuah negara, dia kini adalah yang ke-32 paling padat di dunia - hanya di belakang Ukraine yang mempunyai populasi sebanyak 44,291,413 orang.

Hanya Instagram sendiri sahaja kini yang berada di hadapan Kim dan Beyonce dengan jumlah pengikut keseluruhannya berjumlah 94.3 juta orang.

Tapi jika jumlah pengikut Kim terus meningkat pada kadar yang ada sekarang, lambat laun jumlah pengikutnya akan mengatasi jumlah keseluruhan pengikut laman Instagram itu sendiri.

Bayangkan, pada bulan Februari, jumlah pengikutnya telah mencecah 27 juta orang, bermakna dalam tempoh tujuh bulan sahaja dia berjaya menarik minat 17 juta pengikut baru.

Ini juga bermakna, sejak 26 Februari lalu, jumlah pengikut baru Kim bertambah seorang setiap satu saat.

Salah satu sebab mengapa jumlah pengikutnya meningkat dengan mendadak adalah kerana foto-foto seksi Kim yang dimuatnaikkan yang menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Kini bukan Kim sahaja yang menjadi permaisuri Instagram malah tiga orang adik perempuannya iaitu Khloe, Kylie dan Kendall turut tersenarai dalam 10 pengikut Instagram paling ramai di dunia.

Berada di kedudukan ketiga ialah penyanyi kegilaan remaja masa kini, Taylor Swift dengan jumlah pengikut Instagram berjumlah  43,533,226 orang.

BERIKUT ADALAH 10 SELEBRITI DENGAN JUMLAH PENGIKUT INSTAGRAM PALING RAMAI DI DUNIA:

1. Kim Kardashian — 44,005,604 juta orang

2. Beyoncé — 43,935,648

3. Taylor Swift — 43,533,226

4. Selena Gomez — 41,843,095

5. Ariana Grande — 41,696,873

6. Justin Bieber — 36,994,254

7. Kendall Jenner — 35,388,483

8. Kylie Jenner — 33,703,166

9. Nicki Minaj — 32,278,123

10. Khloé Kardashian — 30,522,261


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan