Bekas Pemandu Saman Lindsay Lohan - Bintang Global | mStar

Bekas Pemandu Saman Lindsay Lohan

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 12:30 AM

Lindsay Lohan disaman oleh bekas pemandunya, Edson Ricci gara-gara tidak membayar wang perkidmatan kepada lelaki berkenaan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lindsaya Lohan disaman oleh bekas pemandunya selepas didakwa gagal menjelaskan hutang sebanyak USD$30,000 (RM120,000) kepadanya.

Mirror melaporkan, lelaki berkenaan, Edson Ricci memfailkan saman terhadap Lindsay ekoran pelakon itu cuba mengelak daripada membayar wang tersebut.

Edson dalam tuntutannya turut mendakwa Lindsay turut gagal membayar sejumlah wang USD$1,500 (RM6,000) iaitu bil hotel ketika bekerja bawah pelakon filem Mean Girls itu.

Lelaki berkenaan berkhidmat dengan Lindsay pada Ogos hingga Oktober 2012.

Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan