Ariana Grande Pilih Penari Latar Sebagai Kekasih

Diterbitkan: Khamis, 13 Ogos 2015 12:30 AM

Aksi Ariana Grande bersama teman lelakinya, Ricky Alvarez ketika mengadakan persembahan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi latarnya, Ricky Alvarez.

E Online
melaporkan pasangan berkenaan rapat sejak beberapa bulan lalu dan penari itu dilihat sentiasa bersama Ariana.

"Pasangan itu rapat sejak beberapa bulan lalu tetapi hubungan profesional itu kini bertukar romantik," kata sumber.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan, Ariana dan Ricky enggan mendedahkan hubungan mereka secara terbuka kerana bimbang dengan perhatian diberikan oleh media.

Terdahulu, Ariana pernah bercinta dengan penyanyi Big Sean namun kesibukan dengan kerjaya masing-masing membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah April lalu.
Tags / Kata Kunci: Ariana Grande.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan