Ed Sheeran Bercinta Dengan Nicole Scherzinger

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 12:30 AM

Ed Sheeran

(Ubah saiz teks)

BERITA yang sangat mengejutkan datang daripada penyanyi muda Ed Sheeran yang kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Nicole Scherzinger.

Menurut laporan The Sun, mereka sedang mengenali antara satu sama lain dan pernah mengajak penyanyi itu berjalan-jalan di Wembley bersama.

Nicole Scherzinger

"Sehingga kini, mereka masih lagi berada pada fasa pertama mengenali diri masing-masing. Bagaimanapun, rakan-rakan mereka sudah pun mengetahu tentang perhubungan itu," kata sumber.

Difahamkan, Nicole merupakan seorang peminat tegar Ed dan sering mendengar lagu-lagu penyanyi itu ketika sedang bersedih gara-gara putus cinta dengan Lewis Hamilton.

Ed juga baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Athina Andrelo.

Tags / Kata Kunci: Ed Sheeran , Nicole Scherzinger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan