Orang Ramai Terkejut Lihat Shah Rukh Khan Berzikir

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 12:31 AM

Shah Rukh baru-baru ini dilihat sedang memegang tasbih sambil berzikir.

(Ubah saiz teks)

SEPERTI semua orang tahu, aktor Datuk Shah Rukh Khan tidak gemar memberi ulasan berkaitan isu-isu keagamaan terutamanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Gauri Chibber yang merupakan penganut agama Hindu.

Menurut laporan Newkerala, peminat-peminat aktor tersebut terutamanya di India dikejutkan dengan foto Shah Rukh yang dilihat sedang memegang tasbih selepas tiba di Lapangan Antarabangsa Mumbai, India.

Menurut pihak media yang menunggunya di pintu ketibaan lapangan terbang tersebut, aktor berusia 49 tahun turut dilihat bercakap sendirian seolah-olah seperti sedang berzikir.

Foto tersebut membuatkan ramai yang memuji dengan perubahan aktor itu.

Sebelum ini, Shah Rukh pernah meluahkan hasrat untuk mengerjakan ibadah Haji apabila anak-anaknya dewasa kelak.

Shah Rukh adalah beragama Islam.

Mengikut ajaran Islam perkahwinan seseorang berlainan agama adalah haram hukumnya dan ia dilarang.

Tags / Kata Kunci: Shah Rukh Khan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan