Anime Naruto Versi Hollywood Bakal Dibikin

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

ANIME Jepun popular iaitu Naruto bakal difilem semula di Hollywood dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan Screenrant, produksi Lionsgate yang popular dengan terbitan filem The Hunger Games telah mendapatkan hak cipta daripada francais komik Manga dan Anime daripada syarikat penerbitan Naruto.

Lionsgate dikhabarkan sedang menawarkan seorang pakar efek visual iaitu Michael Gracey untuk menjadi pengarah bagi filem Naruto tersebut.

Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama.

Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43.

Versi Bahasa Inggeris pula telah diterbitkan oleh Viz Media dalam Shōnen Jump versi Amerika Syarikat di mana ia menjadi jualan siri manga tertinggi syarikat tersebut.

Di Malaysia, siri manga Naruto versi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Comics House yang telah mengeluarkan 70 buah jilid pada Oktober 2014.

Siri komik manga Naruto telah tamat sehingga bab 700 pada 3 November 2014 dan keluaran terakhir, jilid 72 pada Februari 2015.
Tags / Kata Kunci: Naruto

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan