Julia Perez Batal Hasrat Lapor Polis Terhadap Pengikut Instagram

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 4:10 AM

Jupe bakal dipenjarakan selama tiga bulan kerana didapati bersalah dalam kes pergaduhan bersama Dewi Perssik pada November 2010.
(Ubah saiz teks)

PENYANYI dangdut Indonesia Julia Perez membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis terhadap beberapa pengikut laman sosial yang sering memalukan dia.

Pembatalan tersebut selepas dia menilai dan mengetahui latar belakang beberapa pengikut yang sering mengecam gambar-gambarnya di Instagram.

"Saya batalkan niat untuk buat laporan selepas melihat latar belakang individu yang sering mengutuk saya di laman sosial. Saya masih ada sifat belas kasihan terhadap mereka," ujarnya.

Bagaimanapun, Julia berkata, buat masa ini dia masih memberi peluang dan terus memantau tindakan pengikutnya.

"Ada beberapa individu yang saya pantau dan jika mereka masih melakukan perkara itu, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan," ujarnya.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis di Jakarta Selatan pada pagi Jumaat berkaitan beberapa hal di media sosial.

Julia pada asalnya ingin membuat laporan terhadap beberapa komen yang dianggap keterlaluan di laman sosial sehingga menjejaskan maruahnya.
Tags / Kata Kunci: Julia Perez , Jupe

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan