Liam Neeson Dilihat Berimej Tidak Terurus

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 12:29 AM

Penampilan Liam yang terkini (kiri) dilihat tidak terurus. Berbeza dengan imejnya sebelum ini yang sentiasa kacak dan kemas.

(Ubah saiz teks)

LIAM Neeson sebelum ini sering dikagumi kemampuan bakat lakonannya.

Malah aktor tersebut mempunyai pesona ketampanan yang mampu mencairkan peminat-peminat wanita hampir di seluruh dunia.

Namun, baru-baru ini, Dailymail melaporkan, bintang filem itu nyaris tidak dikenali gara-gara imejnya yang berubah secara drastik.

Aktor berusia 63 tahun itu dilihat sangat kurus dengan imej yang tidak terurus ketika sedang melintas jalan di kota New York pada Selasa lalu.

Tidak seperti sebelum ini yang sentiasa berpenampilan kemas, Liam begitu kasual dengan memakai kemeja T dipadankan dengan jaket biru pudar dan seluar sukan.

Mengejutkan, kemeja T itu telah dipakai pada Sabtu lalu ketika Liam berada di sekitar Soho, New York.

Entah kenapa, penampilan Liam semakin tidak terurus dan dia dilihat lebih tua daripada usianya sejak akhir-akhir ini.
Tags / Kata Kunci: Liam Neeson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan