Anak Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 10:51 AM

Bobbi Kristina Brown meninggal dunia pada usia 22 tahun.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Anak kepada penyanyi terkenal Whitney Houston iaitu Bobbi Kristina Brown meninggal dunia pada Ahad selepas lima bulan dia dijumpai tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di kediamannya di Roswell, Ga.

Bobbi baharu sahaja berusia 22 tahun.

"Bobbi Kristina Brown menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 Julai 2015 di sisi keluarga terdekatnya.

"Dia kembali dengan tenang kepada pencipta-Nya dan kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih terhadap sokongan semua sepanjang beberapa bulan ini," menurut kenyataan dikeluarkan keluarga mendiang kepada majalah People.

Bobbi dimasukkan ke hospital sejak 31 Januari lalu selepas teman lelakinya, Nick Gordon menemuinya tidak sedarkan diri dalam tab mandi.

Pihak hospital kemudiannya meletakkan Bobbi dalam keadaan koma namun dia tidak pernah sedarkan diri sejak itu.

Wanita berkenaan turut menjalani pembedahan menggantikan saluran pernafasannya dengan tibu dikenali tracheostomy pada Februari namun keadaannya tetap sama.

Ibunya, Whitney sebelum ini turut ditemui mati di dalam tab mandi sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy pada 11 Februari 2012 di Hotel Beverly Hilton.

Penyanyi lagu I Will Always Love You itu dilaporkan mengalami serangan jantung kesan daripada pengambilan dadah jenis kokain.

Bobbi adalah anak hasil perkahwinan Whitney dengan penyanyi rap, Bobby Brown.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan