Ben Affleck Kusut-Masai Selepas Bercerai

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 12:16 AM

Ben Affleck

(Ubah saiz teks)

SEJAK mengumumkan perceraian dengan aktres Jennifer Garner baru-baru ini, Ben Affleck dilihat semakin tidak terurus.

Menurut laporan Dailymail, Ben tampil dengan penampilan kusut masai ketika dia membeli kopi di Los Angeles pada Isnin lalu.

Dengan memakai baju dan seluar serba hitam dengan wajah yang dipenuhi janggut, Ben seperti sayu dengan keadaan yang membelenggu dirinya.

Ben tampil tidak terurus sejak bercerai dengan Garner.

"Dia mungkin masih bersedih dengan perpisahan itu sehinggakan penampilannya turut tidak terjaga.

"Jika Garner masih lagi memakai cincin perkahwinan dan Ben tampak sayu, ada harapan untuk mereka kembali bersama," kata sumber.

Ben dan Garner telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Violet, 9, Seraphina, 6, and Samuel, 3.

Difahamkan, perceraian itu berpunca gara-gara Ben mempunyai skandal dengan wanita lain.
Tags / Kata Kunci: Ben Affleck , Jennifer Garner

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan