Jenaka Pesawat Terhempas, Paris Hilton Ambil Tindakan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 12:31 AM

Paris Hilton menangis dan ketakutan apabila diberitahu pesawat yang dinaikinya mengalami kerosakkan dan akan terhempas.

(Ubah saiz teks)

MODEL Paris Hilton akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara dari Mesir iaitu Ramez Galal selepas memperdayanya agar menaiki pesawat ringan dengan tujuan untuk mengusik sehingga pesawat berkenaan diterbangkan seolah-olah hendak terhempas.

Daily Mail melaporkan, Paris, 34, mengalami tekanan emosi selain berasa takut untuk menaiki kapal terbang selepas menyifatkan kejadian tersebut sebagai pengalaman paling buruk.

"Kejadian itu menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan 'prank' yang dilakukan Ramez tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan jenaka. Pesawat bakal terhempas adalah serius," kata sumber.

Ketika kejadian, Ramez mempelawa Paris untuk melihat bandar Dubai dari udara sebelum dimaklumkan oleh juruterbang enjin pesawat ringan itu tiba-tiba terpadam dan bakal terhempas.

Paris yang ketakutan dilihat menangis dan menjerit bersama beberapa penumpang lain yang sebenarnya adalah pelakon tambahan untuk mengenakan penyanyi lagu Star is Blind itu.

Bagaimanapun pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat sebelum Ramez memberitahu Paris ia hanyalah rancangan untuk mengenakannya dan ia dirakam untuk program terbitannya, Ramez in Control.

Paris yang kelihatan trauma tersenyum hambar apabila diberitahu kebenaran tentang kejadian tersebut.

"Ia adalah pengalaman paling menakutkan. Saya akan bunuh awak," katanya kepada Ramez.

Tags / Kata Kunci: Paris Hilton.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan