Rihanna Bela Anak Anjing Ditemui Di Tandas Kelab Malam

Diterbitkan: Rabu, 1 Julai 2015 12:03 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Rihanna membuat keputusan untuk membela seekor anak anjing yang dijumpainya di bilik air sebuah kelab malam semasa sedang berparti.

Menurut laporan femalefirst.co.uk, penyanyi berusia 27 tahun itu telah merakamkan video anjing tersebut dan kemudian memuat naik di aplikasi Snapchat untuk tatapan rakan-rakannya.

Pada klip video tersebut, Rihana berkata anak anjing itu telah berlari kepadanya ketika dia sedang berada di bilik air kelab tersebut.

Kemudian penyanyi itu membelai mesra anak anjing itu. Namun reaksi Rihanna mengundang rasa pelik rakan-rakannya yang sebelum ini tidak pernah melihat dia begitu mesra dengan mana-mana binatang peliharaan.

Rihanna bagaimanapun menamakan anak anjing itu Pepe dan masih tertanya-tanya dari manakan anak anjing muncul atau mungkin ia sudah pun mempunyai tuannya sendiri.
Tags / Kata Kunci: Rihanna

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan