Richard Gere Berpacaran Dengan Wanita Muda

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 12:31 AM

Richard Gere kini sedang dilamun cinta dengan wanita muda.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal, Richard Gere dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Majalah People melaporkan Richard, 65, dilihat mesra dengan Alejandra Silva, 32, seorang warganegara Sepanyol ketika berjemur di sebuah pantai di Itali.

Sumber memberitahu pasangan berkenaan sedang dilamun cinta dan perkenalan mereka sudah berlangsung sejak tahun lalu.

Richard dan Alejandra yang berkenalan pada 17 Jun lalu dilihat berpegangan tangan ketika menghadiri Festival Filem Taormina ke-61 di Toarmina, Sicily.

Richard dan Alejandra bercuti disebuah pulau di Itali baru-baru ini.

Richard menghadiri festival filem berkenaan untuk menerima anugerah dan turut dihadiri oleh barisan pelakon terkenal seperti Patricia Arquette, Ellen Pompeo dan Rupert Everette.

Sebelum ini, Richard dilaporkan mempunyai hubungan dengan pengacara Top Chef iaitu Padma Lakshmi sebelum mereka berpisah beberapa bulan kemudian.

Richard juga pernah berkahwin dengan model Cindy Crawford pada tahun 1990 dan Carey Lowell pada 2002.

Hasil perkahwinan dengan Carey, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Homer yang kini berusia 15 tahun.
Tags / Kata Kunci: Richard Gere , Alejandra Silva.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan