Cara Delevingne Nyaris Bunuh Diri Ketika Remaja

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 1:00 AM

Cara Delevingne

(Ubah saiz teks)

MODEL terkenal Cara Delevingne mendedahkan mempunyai kenangan pahit tentang zaman silamnya di mana dia hampir-hampir bunuh diri ketika remaja akibat masalah jiwa.

Menurut laporan Dailymail, jiwanya sedikit kacau sehingga membuatkannya sering membuat pelbagai cara untuk membunuh diri.

"Ketika remaja, jiwa saya begitu sakit sehingga membuatkan saya menghentakkan kepala ke dahan pokok dan pernah menghiris pergelangan tangan kerana mahu membunuh diri.

"Rasa tertekan itu membuatkan saya mahu menghilangkan diri lebih-lebih lagi apabila berasa tiasa siapa yang mempedulikan saya waktu itu," katanya.

Tambah Cara, dia bersikap demikian kerana tertekan apabila terpaksa menjalani kehidupan di mana ibunya seorang penagih dadah dan perlu berdepan dengan orang ramai yang mengutuk mereka berdua.

Kata Cara, perkara itu membuatkan dia mula menjinakkan diri di bidang  peragaan untuk mencari kesibukan dan pada masa sama cuma melupakan masalahnya itu.

Tags / Kata Kunci: Cara Delevingne

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan