Aktor Filem Seram Christopher Lee Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 9:43 PM

Aksi Christopher bersama Barbara Shelley dalam filem 'Dracula: Prince of Darkness' pada tahun 1966.

(Ubah saiz teks)

LEGENDA filem seram, Christopher Lee meninggal dunia pada usia 93.

Pelakon yang terkenal sebagai bintang  filem seram pada 1950-an, sebelum terus mengecapi kemahsyuran dalam kehidupannya itu telah dirawat di hospital akibat kegagalan jantung dan masalah pernafasan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Chelsea and Westminster di London pada pagi Ahad selepas tiga minggu dirawat, tetapi balunya memutuskan untuk menahan berita itu sehingga hari ini supaya keluarga dan rakan-rakan dapat dimaklumkan terlebih dahulu.

Christopher memainkan watak Dracula dalam siri filem seram klasik yang dihasilkan oleh Hammer Horror, dan memegang watak penjahat yang 'tenang' dalam filem James Bond 'The Man With the Golden Gun' pada tahun 1974.

Beliau kemudian dikenali dalam generasi baharu peminat filem dengan peranannya dalam Lord of the Rings, di mana beliau memegang watak jahat Saruman dan juga dalam filem Star Wars.

Selepas berita ini disiarkan pada sebelah pagi, rakan-rakan artis dan peminat memberikan penghormatan kepada pelakon yang telah berjaya mengekalkan pengaruhnya selama beberapa generasi.

Jonathan Ross berkata: "Sangat sedih mendengar bahawa Sir Christopher Lee telah meninggal dunia. Seorang pelakon yang hebat, bintang besar, mengejutkan, beliau juga seorang penyanyi yang baik dan seorang lelaki yang budiman."

Boris Johnson menambah: "Sungguh sedih mendengar tentang kematian Christopher Lee, salah seorang pelakon paling berbakat besar British dan 'pakar' dalam watak mengerikan.

Christopher telah berkahwin selama 54 tahun dengan Birgit Kroencke, bekas model Denmark.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Christina.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Khas semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sering enggan untuk membincangkan apa yang telah dilakukan semasa perang, dengan berkata beliau terikat dengan sumpah kerahsiaan.

Tags / Kata Kunci: Christopher Lee , Dracula , Saruman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan