Lady Gaga Gemuk Bukan Kerana Hamil

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 12:14 AM

Lady Gaga semakin berisi sejak akhir-akhir ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dengan imej pelik, Lady Gaga menepis dakwaan mengatakan bahawa dia kini sedang sedang hamil kerana perubahan badannya yang semakin berisi.

E! Online melaporkan penyanyi lagu Poker Face itu semakin gemuk dan ramai pihak beranggapan bahawa Gaga sedang mengandung anak Taylor Kinney.

"Penampilan Gaga dilihat berisi jika hendak dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu dan dia juga mengakui bahawa berat badannya makin bertambah.

"Gaga juga menjelaskan bahawa berat badannya naik bukan disebabkan oleh dirinya hamil," ujar pihak penggurusan Gaga.

Terdahulu, Gaga dan tunangnya Taylor Kinney dilaporkan akan segera melangsungkan perkahwinan selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Februari lalu.

Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan itu masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Tags / Kata Kunci: Lady Gaga

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan