Justin Bieber Didenda Mengaku Salah Serang Jurugambar

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

JUSTIN Bieber mengaku bersalah atas serangan terhadap jurugambar kerana dia merempuh van mereka menggunakan motosikal ATV miliknya di Stratford, Ontario, Kanada.

Pengakuan itu dilakukan sewaktu perbicaraan di mahkamah secara maya melalui laman sesawang Skype dari pejabat peguamnya, Howard Weitzman pada Khamis.

Menurut laporan Mirror, Justin perlu membayar $750 (RM2,227) dan satu pelepasan mutlak telah diberikan atas tuduhan serangan.

Selain itu, tuduhan memandu secara bahaya kepada Justin turut digugurkan dan kes tersebut akan dibicara semula di Stratford bulan depan.

Justin dikatakan melakukan perbuatan tersebut kerana jurugambar cuba mengambil gambarnya bersama Selena Gomez pada musim panas lalu secara sembunyi.
Tags / Kata Kunci: Justin Bieber

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan