Chris Brown Dituduh Hembus Asap Ganja Pada Kru Kabin

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Chris Brown dituduh melakukan kekasaran terhadap seorang anak kapal di dalam sebuah jet peribadi.

Menurut laporan Mirror, Chris dikatakan telah menghembus asap ganja ke arah muka anak kapal kerana marah apabila dia tidak dibenarkan merokok.

Salah seorang saksi pada kejadian itu memaklumkan Chris berdegil dan tidak mahu mengikut arahan tersebut.

Dia menghebuskan asap ke arah muka anak kapal dan berkata; “Saya bayar $60,000 (RM221.53) untuk jet ini jadi saya ada hak untuk buat apa sahaja.”

Namun wakil Chris menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa cerita yang tersebar tersebut adalah tidak benar.

"Cerita itu palsu kerana Chris menghisap rokok di dalam pesawat sebelum ia berlepas bersama rakan-rakannya.

"Mereka kemudian berhenti merokok selepas juruterbang memberi nasihat supaya tidak merokok di dalam pesawat itu," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Chris Brown

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan