Adam Levine Batalkan Konsert Akibat Sakit Tekak

Diterbitkan: Isnin, 1 Jun 2015 12:00 AM

Adam Levine

(Ubah saiz teks)

ADAM Levine terpaksa membatalkan konsert Maroon 5 di Liverpool pada Sabtu kerana mengalami masalah sakit tekak.

Penyanyi itu tidak dapat meneruskan persembahan atas saranan doktor yang meminta supaya dia berehat.

Menurut laporan Mirror, Adam memohon maaf kepada semua peminatnya kerana membatalkan konsert tersebut.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat meneruskan persembahan atas saranan doktor.

"Sebagai ketua kumpulan Maroon 5, saya mahu berikan yang terbaik tetapi maaf tidak dapat buat persembahan pada malam ini," katanya.

Konsert itu ditangguhkan dan mereka akan mengadakan persembahan semula pada Ahad di lokasi yang sama.
Tags / Kata Kunci: Adam Levine

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan