5,000 Pelawat Dari India Hadir Ke Festival Filem IIFA

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 12:00 AM

Priyanka Chopra

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Festival filem Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (IIFA) ke-16 daripada 5 hingga 7 Jun di Kuala Lumpur, Malaysia bukan sahaja menampilkan bintang-bintang filem terkemuka Bollywood, tetapi juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran 5,000 pelawat dari India.

Menjelang majlis gilang gemilang itu, penganjurnya Wizcraft menyatakan selain majlis penyampaian anugerah, filem Hindi terbaru Dil Dhadakne Do, filem komedi berkisar pahit manis dialami sebuah keluarga semasa melakukan lawatan yang telah mengubah kehidupan mereka, akan ditayangkan pada 6 Jun.

Filem arahan Zoya Akhtar itu dibintangi Ranveer Singh, Priyanka Chopra, Anil Kapoor dan Shesall.

Pada sidang media di sini, Pengarah Wizcraft, Wiz Sabbas Joseph berkata majlis penyampaian anugerah filem tahunan itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Putra di Bukit Jalil dan merupakan majlis yang ditunggu-tunggu peminat selepas IIFA pada 2002 diadakan di Genting Highland.

Sabbas berkata bersama-sama dengan dua rakan kongsi tempatan iaitu Tourism Malaysia dan Malaysia Airlines, acara tiga hari itu akan dimeriahkan dengan festival filem, bengkel, pameran, forum perniagaan dan sukaneka.

Anil Kapoor

Bintang filem veteran Bollywood Anil Kapoor berkata IIFA telah berkembang daripada majlis penyampaian anugerah kepada platform ikonik bagi filem dan kebudayaan India dan pada masa sama menawarkan kepada dunia apa yang terbaik dapat ditawarkan industri filem India.

"Saya amat teruja dengan penayangan filem saya Dil Dhakakne Do dan amat gembira IIFA sekali lagi diadakan di Malaysia, kali ini di bandaraya Kuala Lumpur," kata Anil.

Pengarah Tourism Malaysia (Mumbai) P.Manoharan kemudiannya memberitahu Bernama setakat ini hampir 2,000 orang terdiri daripada artis, kru penerbitan dan penaja telah mengesahkan kehadiran mereka.

"Kami juga menerima banyak pertanyaan daripada syarikat-syarikat korporat yang berhasrat menaja pengedar dan staf mereka untuk lawatan ke Kuala Lumpur," katanya.

Tambah Manoharan, Tourism Malaysia juga akan mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem terunggul susulan mendapat banyak pertanyaan mengenai Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

"Syarikat penerbitan filem India akan didedahkan dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di studio sehenti itu, yang menawarkan perkhidmatan sehingga produk siap," katanya.

Tags / Kata Kunci: IIFA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan