Justin Bieber Kecewa Sikap Tidak Matang Diri

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 5:31 AM

Justin Bieber menyesal dengan semua tindakan bodoh yang pernah dilakukannya sebelum ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI bermasalah, Justin Bieber kecewa dengan dirinya sendiri kerana berkelakuan tidak matang selain banyak menimbulkan masalah sejak kebelakangan ini.

ABC News melaporkan, penyanyi lagu Baby itu mengakui populariti luar biasa diterimanya turut menyumbang kepada perilakunya tambahan pula tiada siapa berani menegur sikapnya.

Bagaimanapun kata Justin, dia sudah bersedia untuk memperbaiki sikapnya dan memberi fokus kepada karier nyanyiannya selepas ini.

"Apabila melihat kembali apa yang saya lakukan ia adalah tindakan tidak wajar dan saya kecewa dengan diri sendiri.

"Saya juga bimbang jika peminat benar-benar percaya semua perilaku tidak baik saya itu adalah personaliti sebenar saya walaupun ia bukan," katanya.

Justin turut memberitahu sebagai langkah pertama dia akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan berharap tidak melakukan kesilapan sama pada masa akan datang.
Tags / Kata Kunci: Justin Bieber.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan