Kylie Jenner Mengaku Buat Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG realiti dan model, Kylie Jenner kini mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.

Menerusi sebuah wawancara dengan Access Hollywood, Kim Kardashian menyatakan bahawa adiknya itu mempunyai hasrat untuk melakukan pembedahan plastik terhadap bibirnya sejak umur 10 tahun lagi.

"Ketika Kylie masih berusia 10 tahun, dia pernah menyatakan hasratnya untuk melakukan pembedahan plastik kerana dia mempunyai bibir yang nipis," kata Kim seperti dilaporkan Daily Mail.

Terdahulu, Kylie pernah menafikan bahawa dirinya melakukan pembedahan plastik kerana orang ramai sering mempertikaikan tentang bibirnya yang lebih tebal jika dibandingkan semasa awal kemunculannya dulu.

Gadis berusia 17 tahun ini sering memuat naik gambar selfie dan disebabkan perkara itu segelintir pengguna laman sosial mudah mengetahui perbezaan pada wajahnya yang melakukan pembedahan plastik.

Tags / Kata Kunci: Kylie Jenner

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan