Aksi Peluk Justin Bieber Punca Perpisahan Ariana Grande

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 12:31 AM

Ariana dan Big Sean berpisah selepas lapan bulan menjalinkan hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

JUSTIN Bieber dikaitkan sebagai punca kepada perpisahan penyanyi Arian Grande bersama teman lelakinya, Big Sean baru-baru ini.

Portal Mirror melaporkan, pasangan itu tidak lagi bersama sebagai kekasih selepas gambar persembahan Ariana dan Justin yang berpelukan menjadi viral di Internet.

Big dalam satu entri di Twitter miliknya menyelar tindakan Justin yang dilihat berlebih-lebihan menyentuh teman wanitanya dan penyanyi itu tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Budak (Justin) itu perlu diajar supaya tidak sentuh teman wanita saya dengan cara sebegitu," katanya.

Aksi Ariana dan Justin ketika mengadakan persembahan baru-baru ini yang mencetus kontroversi.

Ariana dan Big telah berpacaran sejak lapan bulan lalu.

Sementara itu, pihak pengurusan kedua-dua selebriti itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan sebaliknya meminta mereka diberikan ruang privasi.

"Ariana dan Big mengambil berat antara satu sama lain dan akan kekal menjadi teman rapat.

"Kami meminta agar mereka diberikan privasi berhubung dengan masalah ini," ujar wakil pengurusan Ariana.

Terdahulu, Ariana yang popular menerusi lagu Love Me Harder mula rapat dengan Big sekitar Oktober tahun lalu sewaktu mereka bekerjasama dalam penghasilan album penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Ariana Grande , Big Sean , Justin Bieber.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan